|
POKOK GAHARU@AGARWOOD
LATAR BELAKANG
Gaharu@Agarwood adalah pokok dalam family Thymelaeceae. Pokok yang
telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter
40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu
pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan
tindakbalas kecederaan pokok. Pokok gaharu amat diminati kerana
dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar
kayunya.Mengikut data yang dikeluarkan pada
Persidangan Gaharu Dunia pertama di Vietnam terdapat 16 spesis
dari genus Aquilaria yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.
BERIKUT
ADALAH JENIS-JENIS AGRAWOOD MENGIKUT RANKING
1. AQUILARIA
SUBINTEGRA
Found at Thailand
2. AQUILARIA
CRASSNA
Found at Thailand, Cambodia, Loas, Vietnam
3. AQUILARIA
MALACCENSIS
Found at Thailand, India, Indonesia
4. AQUILARIA
APICULATA
Found at Philippines
5. AQUILARIA
BAILLONIL
Found at Thailand, Combodia, Loas, Vietnam
6. AQUILARIA
BANEONSIS
Found at Vietnam
7. AQUILARIA
BECCARIAN
Found at Indonesia
8. AQUILARIA
BRACHYANTHA
Found at Malaysia
9. AQUILARIA
CUMINGIANA
Found at Indonesia, Philippines
10.AQUILARIA
FILARIA
Found at Nuegini, China
11.AQUILARIA
GRANDIFLORA
Found at China
12.AQUILARIA
HILATA
Found at Indonesia, Malaysia
13.AQUILARIA
KHASIANA
Found at India
14.AQUILARIA
MICROCAPA
Found at Indonesia, Malaysia
15.AQUILARIA
ROSTRATA
Found at Malaysia
16.AQUILARIA
SINENSIS
Found at China
|
Breed
|
Growth
(cm)
|
Encourage
Agrawood Oil
|
Price
|
|
|
Average/
5
Years
High
from
Ground
130cm
|
Good
|
Medium
|
Poor
|
Good
|
Medium
|
Poor
|
|
Subintegra
|
50-70
|
√
|
|
|
√
|
|
|
|
Crassna
|
20-40
|
|
√
|
|
|
√
|
|
|
Malaccensis
|
50-70
|
|
|
√
|
|
|
√
|
|
Baillonil
|
20-30
|
|
|
√
|
|
|
√
|
Pokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari
aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.
Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan,
perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.
- Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun
pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat
setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada.
pemborong-pemborong di
Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.
- Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu
sekilogram untuk gred Double Super. Malahan
harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak
masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
- Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3
million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada
permintaan pasaran.
- Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan
daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula. spesis
ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu.
- Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan
belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand
dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan
yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal
dan teknologi.
- Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar)
berguna dan dapat dikomensilkan.
- Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah
terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah
diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan
diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman
komoditi.
*pihak kami akan memberi service selepas pokok ditanam dan akan
membeli
balik pokok gaharu yang telah matang.
* dengan teknologi terkini pokok gaharu boleh ditebang
dalam jangka masa 5-6 tahun , selepas 12 bulan suntikan(inducement)
ubat, pokok boleh mula ditebang untuk mendapatkan resinnya
*Untuk 1 ekar tanah boleh ditanam hampir 1000 pokok dengan jarak antara
6-7 kaki, anggaran pendapatan untuk sepokok ialah RM1000.00 dan
seekar ialah RM1juta.
|