Syarikat
Edaran
Herbatani Sdn. Bhd. yang mempunyai keluasan ½ ekar mula
beroperasi pada bulan
Ogos 2001 dengan berbekalkan modal RM 100,000. Syarikat ini terletak di
Jalan
Baru (Bypass) Alor
Pasir, 16800
Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Syarikat
yang didaftarkan di bawah nombor
pendaftaran (558715- U) ini dimiliki bersama oleh Tuan Sayuti bin Raja
Salleh dan
Azura binti Ab Kadir.
Tuan Sayuti lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Raja di kalangan
rakan-rakan dan penduduk tempatan. Beliau merupakan seorang
pesara guru yang begitu minat mengumpul dan mengkaji kegunaan tumbuhan
herba. Atas minat yang mendalam terhadap tumbuhan herba, beliau
mengambil inisaitif untuk membuka taman herba dan restoran herba. Usaha
ini bertujuan mendidik dan menyedarkan kembali masyarakat hari ini
terhadap khasiat perubatan yang ada pada tanaman herba tempatan,
seterusnya memperkenalkan tumbuhan herba pada golongan muda dan
generasi akan datang.
Aktiviti utama syarikat ini membekal
dan juga memasarkan anak – anak benih pokok herba serta alat – alat
pertanian (
baja dan pasu ) dan juga herba-herba kering kepada pihak
individu, syarikat dan badan kerajaan. Terdapat
kira-kira 300 jenis tanaman herba yang ditanam di Taman Herba milik
syarikat ini.
Selain
itu, syarikat ini juga mempunyai sebuah restoran herba yang menyediakan
hidangan makanan dan minuman yang berasaskan herba.
Permintaan
dan pasaran yang tinggi telah mendorong syarikat memperkembangkan
perniagaan
dengan menghasil dan memasarkan produk-produk berasaskan herba
seterusnya
mewujudkan Kedai Farmasi Herba
Tempatan.
Keunikan urusniaga Syarikat
Edaran Herbatani Sdn.Bhd adalah yang mana pihak syarikat mengabungkan
ketiga-tiga entiti iaitu Taman Herba, Restoran Herba dan
Kedai
Farmasi Herba dalam satu bumbung yang
sama. Ini bertujuan bagi menarik dan memudahkan pelanggan dan peminat
herba
mengenali pokok-pokok herba, menikmati dan merasai khasiat
hidangan-hidangan
berasaskan herba seterusnya mendapatkan produk-produk herba dalam satu
tempat
dan masa yang sama.
Cikgu Raja bersama Raja
Perempuan Kelantan sempena Pameran Herba

Cikgu Raja bergambar kenangan besama pengacara Wan Kamaruddin yang
berkunjung untuk membuat rakaman mengenai herba.